Pada hari semalam tular satu rakaman video seorang pemandu Mercedes-Benz berbuat khianat dengan mencabut nombor pendaftaran sebuah kereta Perodua Viva dan mencampakkannya ke jalan.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata polis mengesan satu video yang dimuat naik pada laman sosial Facebook.
“Rakaman berkenaan memaparkan seorang lelaki mencabut nombor pendaftaran sebuah kereta Perodua Viva dan mencampakkannya ke jalan.
“Kejadian itu disyaki berpunca akibat meletakkan kenderaan secara berlapis,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau lagi, setakat ini polis tidak menerima laporan berkaitan kejadian berlaku di Jalan Kuchai Maju, Brickfields, namun akan menjalankan siasatan mengenainya, lapor Harian Metro.
Beliau berkata, polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya melalui Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
