Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis Siasat Penganjur Acara Lumba Basikal Lajak Tanpa Kebenaran

today23 May 2025

Background
Polis Siasat Penganjur Acara Lumba Basikal Lajak Tanpa Kebenaran


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar menyatakan pihak polis menyiasat penganjuran perlumbaan basikal lajak yang dijadualkan di Damansara Damai di sini, esok.

Memetik Buletin TV3, ada satu video promosi perlumbaan tersebut di TikTok telah dikesan oleh pihaknya semalam.

Baca Juga:

“Siasatan mendapati video berdurasi 29 saat itu memaparkan aksi sekumpulan remaja menunggang basikal lajak di jalan raya berserta maklumat berkaitan penganjuran perlumbaan basikal lajak yang akan diadakan di Damansara Damai pada 24 Mei.

“Berikutan itu satu laporan dibuat dan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu mengadakan pertandingan membabitkan kenderaan tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata, polis mengesan pihak penganjur perlumbaan terbabit untuk siasatan lanjut.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penganjuran itu supaya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post