Site icon Kool FM

Polis Siasat Video Tular Pelekat Bahasa Israel Pada Trak Pikap

Polis Siasat Video Tular Pelekat Bahasa Israel Pada Trak Pikap


Polis telah membuka siasatan berhubung satu video tular yang memaparkan sebuah trak pikap berwarna perak di jalan raya di Melaka dengan pelekat bertulisan Bahasa Israel (Ibrani).

Ketua Polis Melaka, Zulkhairi Mukhtar berkata, seorang lelaki yang bertugas sebagai pegawai khas kepada Ketua Menteri telah membuat laporan polis selepas menemui video berdurasi 14 saat itu di platform media sosial Threads, lapor Free Malaysia Today.

Baca Juga:

“Hasil siasatan polis mendapati tulisan tersebut membawa maksud ‘Malaysia adalah rumah kami’ atau ‘Malaysia di tangan kami’,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasil semakan lanjut mendapati kenderaan tersebut didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Zulkhairi berkata, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penyalahgunaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version