Pada hujung minggu lalu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) meluahkan rasa kesal apabila satu kes buli di sekolah berasrama itu ditularkan di pelbagai platform media sosial.
Sehubungan dengan itu PIBG MCKK dan beberapa ahli keluarga pelajar bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga pemilik akaun media sosial.
Artikel Berkaitan:
Peguam mewakili PIBG dan ahli keluarga, Hasshahari Johari Mawi berkata, insiden yang ditularkan minggu lalu menjadi tidak terkawal, menyebabkan pihak PIBG tampil membuat laporan polis, hari ini.
Tambah beliau, tujuan laporan polis itu dibuat susulan reaksi, ugutan dan ancaman yang diterima pelajar, ibu bapa dan guru MCKK, yang mana dengan laporan polis berkenaan diharapkan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.
“Selanjutnya, saya diarahkan anak guam untuk meneruskan tindakan undang-undang ke atas individu pengguna media sosial yang sudah dikenal pasti kerana memuat naik hantaran berunsur…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: