Dua lelaki ditahan oleh polis semalam kerana melakukan pembakaran mercun secara terbuka di tempat awam sehingga mengakibatkan letupan besar besaran di Dataran Zero berdekatan Bazar Aidilfitri di Sungai Petani Kedah.
Menurut Bernama, kesan letupan mercun dan bunga api itu sangat kuat dan mengancam nyawa orang awam yang ada di situ. Di mana orang awam telah melarikan diri daripada tempat kejadian untuk menyelamatkan diri mereka.
Baca Juga:
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan daripada seorang pegawai kanan polis pada 12 tengah malam tadi.
Pegawai tersebut mendapat informasi daripada video yang dikongsikan di WahstApp.
SUNGAI PETANI PROBLEM.. Mujoq laaa takdak kemalangan jiwa terjadi… Risau wey, jd betoi2 depan kami.. Nasib baik jugak sbb tak terbakaq semua stok stok aku tu. Ya Allah… Fobia.. Staff staff aku pun selerak lari selamatkan diri masing2, risau kalau kena…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: