Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis Tahan 24 Individu, Pihak Tokong Mohon Maaf Insiden Rusuhan

today2 October 2021

Background


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya telah menyerah kertas siasatan berhubung kes rusuhan di sebuah tokong di Salak Selatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 148, Seksyen 186 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan, lapor Awani.

Selain itu, disebabkan semua suspek melanggar prosedur operasi standard (SOP), cadangan tambahan pertuduhan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021 turut dilakukan.

Pihak polis telah menahan reman selama dua hari seramai empat lelaki berusia antara 18 hingga 50 tahun pada hari kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Tambah pihak polis lagi, dua lelaki berusia 38 tahun dan 56 tahun ditahan pada jam 8.30 malam, Rabu. Pada 1.30…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman Nazirmuddin


Previous post