
Seramai 43 individu ditahan pihak polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras baru-baru ini.
Memetik Harian Metro, suspek terbaru yang ditahan dibawa menaiki lori polis tiba ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk mendapatkan perintah reman jam 10.33 pagi ini.
Suspek utama juga, dipercayai warga China yang mengupah kumpulan terbabit juga sudah ditahan pihak polis.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, pihaknya juga membuat permohonan reman bagi membantu siasatan.
“Pihak polis juga turut merampas sebuah lori yang digunakan oleh suspek bagi kes ini.
“Kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 kanun sama,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, satu sidang media berhubung kes itu akan diadakan hari ini.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: