Site icon Kool FM

Polis Tahan ‘Hantu’ Sergah Pengguna Jalan Raya

Hantu


Orang ramai kini tidak perlu bimbang lagi dengan kemunculan ‘hantu’ yang menyergah sekitar kawasan Jalan Austin Heights Utama, Johor Bahru  kerana kini telah ditahan polis.

Seorang wanita yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental telah menyamar sebagai ‘hantu’ bertujuan menakut-nakutkan pengguna jalan raya dan kemudian menendang mana-mana kenderaan.

Baca Juga:

Gelandangan berusia 31 tahun itu telah diburu polis sejak tularnya video pada 27 Julai lalu, ditahan pada jam 10.51 malam tadi di lokasi berkenaan.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat menurut laporan Harian Metro.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version