Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis Temui Telefon Pintar Nur Farah Kartini

today17 July 2024

Background


Pihak polis berjaya menemui telefon bimbit milik Nur Farah Kartini setelah mencarinya di sekitar kawasan di mana kejadian jenayah berlaku.

Polis membuat pencarian ke atas telefon Nur Farah Kartini kerana ini boleh membantu polis di dalam siasatan kes bunuh ke atas bekas graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu.

Baca Juga:

Polis mengerahkan Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik PDRM dalam pencarian yang dibuat pada hari ini.

Selepas kira kira sejam pencarian, Polis akhirnya berjaya menemui telefon pintar yang dipercayai milik Nur Farah Kartini.

Telefon pintar itu dijumpai di kawasan parit ladang kelapa sawit, Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor. Telefon itu akan dibawa untuk siasatan forensik di makmal.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post

Sukan

Akinade mahu robek gawang Selangor

Kuala Terengganu: Penyerang utama Terengganu FC (TFC), Ismaheel Akinade yakin mampu merobek pintu gol Selangor FC pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Jumaat ini.

today17 July 2024