PETALING JAYA – Isu berkaitan polisi Dasar Penamat Generasi (GEG) yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini terus menjadi perbualan hangat oleh pelbagai pihak khususnya yang terlibat dalam industri vape.
Kali ini, Dewan Perniagaan Cina Langkawi turut bersuara agar Kerajaan mengkaji semula polisi tersebut kerana ia boleh mengekang sumber pendapatan utama pengusaha perniagaan yang berpusatkan industri pelancongan.
Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Langkawi, Ku Chin Loon berkata, pengendali perniagaan di pulau pelancongan itu akan mengalami lebih banyak kerugian jika rang undang-undang tembakau diluluskan.
“Kita akan kehilangan bukan sahaja jualan produk tertentu tetapi juga barangan lain. Kedatangan pelanggan pasti akan berkurangan. Impaknya akan menjadi lebih ketara bagi pengendali yang hanya pakar dalam produk terpilih.”
“Selain itu, kebanyakan daripada kami baharu beransur pulih daripada kesan selepas Covid-19 dan kini terpaksa berdepan pula dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: