KUALA LUMPUR – POP MART International Group (POP MART) mencatatkan rekod pendapatan baharu bagi tahun kewangan 2024, mencecah 13.04 bilion yuan atau bersamaan kira-kira RM7.93 bilion.
Keuntungan bersih terlaras pula melonjak 185.9 peratus tahun ke tahun kepada 3.4 bilion yuan (RM2.21 bilion).
POP MART menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, pasaran China menyumbang 7.97 bilion yuan (RM4.75 bilion) kepada hasil dengan pertumbuhan 52.3 peratus tahun ke tahun, manakala pasaran luar China termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan merekodkan peningkatan luar biasa sebanyak 375.2 peratus kepada 5.07 bilion yuan (RM3.09 bilion).
Katanya, prestasi tersebut jauh melebihi jangkaan untuk mencipta rekod baharu bagi syarikat.
“Sistem operasi hak intelek (IP) POP MART mencapai kematangan dengan empat IP utama, iaitu The Monsters, Molly, SkullPanda dan CryBaby menjana lebih 1 bilion yuan (RM0.61 bilion) buat kali pertama.
“Selain itu, 13 IP lain termasuk Dimoo World, Hirono, Zsiga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: