KUALA SELANGOR – Pengeluar produk aiskrim tempatan jenama Popsmalaya, Doluvo Sdn. Bhd. (Doluvo) melebarkan sayapnya ke China selepas berjaya memasuki pasaran 14 buah negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rose Yasmin Abdul Karim berkata, ia merupakan pencapaian terbesar bagi syarikat sejak penubuhannya lebih enam tahun lalu.
Kami memang mahu memasuki pasaran China kerana negara itu mempunyai populasi paling tinggi dunia, dianggarkan sekitar 1.4 bilion penduduk dan sebelum ini aiskrim Popsmalaya sudah berjaya masuk ke Australia, Kuwait, Jerman dan beberapa negara lain.
“Sebagai permulaan, syarikat mengeksport 3,100 karton aiskrim yang dianggarkan bernilai RM250,000 ke negara itu dan kami akan mengeksport lebih banyak lagi sekiranya mendapat sambutan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis flagoff aiskrim Popsmalaya di ibu pejabat Doluvo di sini baru-baru ini.

Rose Yasmin turut menzahirkan rasa terima kasih kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
