Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Elon Musk yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri dan mengelak untuk dipanggil menjadi saksi telah mengemukakan pendapatnya di Twitter mengenai perbicaraan di antara Johnny Depp dan Amber Heard yang sedang berlangsung kini, lapor Lad Bible.
Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX dan Tesla dikaitkan dengan Heard selepas wanita itu berpisah dengan Depp. Walaupun tiada laporan yang menyebut sejak bila mereka berdua menjalinkan hubungan, namun Musk dan Heard dipercayai telah bersama kira-kira setahun, sehingga Ogos 2017.
Sebelum ini Musk dan James Franco mulanya dikatakan bakal menjadi saksi yang akan memberi keterangan dalam perbicaraan yang menjadi tarikan ramai orang, bagaimanapun kedua-duanya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes terbabit.
Kini, ketika membalas salah satu ciapan daripada hos podcast dan saintis MIT, Lex Fridman, yang berkongsi pendapatnya di Twitter, lelaki…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: