Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Porsche Lelaki Singapura Dirakam Kena Langgar Motosikal Dua Kali Selang Beberapa Saat

today30 November 2023

Background
Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Kereta Porsche Lelaki Singapura Dirakam Kena Langgar Dua Motosikal


Seorang lelaki memandu Singapura terpaksa menghadapi ‘hari yang panjang’ apabila kereta Porsche Macan yang dipandunya kena langgar dengan dua buah motosikal dalam masa selang beberapa saat sahaja.

Menerusi satu rakaman dashcam yang sedang tular pada ketika ini, semasa laluan trafik sedang perlahan kereta Porsche itu cuba menukar laluan dari lorong kanan ke lorong tengah.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, sewaktu pemandu menukar lorong, datang sebuah motosikal dalam keadaan laju melanggar bahagian hadapan kiri SUV tersebut.

Pemandu Porsche itu segera masuk ke lorong tengah, memberhentikan kereta dan membuka lampu kecemasan untuk melihat penunggang dan pembonceng motosikal yang terjatuh selepas melanggar keretanya.

Sejurus sahaja pemandu lelaki mahu keluar daripada kereta, video dashcam menunjukkan sebuah lagi motosikal datang meluru melanggar pintu dan kemudian jatuh mengenai Toyota Vellfire putih di lorong kanan.

Pemandu itu dirakam mengangkat tangan seolah-olah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post