Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Portal telur bebas sangkar pertingkat kualiti, nilai tambah industri penternakan negara

today7 October 2025

Background


PETALING JAYA – Malaysia melakar satu lagi pencapaian strategik dalam transformasi industri penternakan ayam di negara ini melalui pelancaran portal status pelaksanaan penggunaan telur bebas sangkar untuk syarikat korporat yang bertujuan untuk menghasilkan telur yang lebih mampan seiring dengan trend semasa ke arah sektor yang lebih hijau.

Inisiatif itu turut diperkukuh dengan pengenalan Garis Panduan Pemeliharaan Anak Ayam dan Ayam Penelur Bebas Sangkar Malaysia serta Panduan Pelaksanaan Peralihan Penggunaan Telur Bebas Sangkar, sekali gus menandakan keseriusan negara dalam menyediakan rangka kerja peralihan yang komprehensif.

Perunding Kanan Dasar dan Penglibatan (Kebajikan Haiwan Ternakan), Humane World for Animals, Dr. Saravanakumar S. Pillai berkata, inisiatif bersepadu ini dilihat sebagai satu catatan bersejarah di negara ini kerana ia dapat menyatukan prinsip ketelusan dengan panduan praktikal.

“Pelancaran berganda ini membuktikan bahawa pengeluaran telur bebas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post