KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) kini mempunyai 200 motosikal elektrik dan 143 van elektrik yang membuktikan komitmen syarikat dalam usaha menyokong misi kerajaan untuk mencapai masa depan yang lebih hijau.
Menurut Pengerusi Pos Malaysia, Syed Faisal Albar, pihaknya berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai setakat ini dalam pelan tindakan kelestariannya yang dilancarkan pada tahun lalu.
“Pencapaian ini sekali gus membuktikan komitmen kami sebagai organisasi progresif dalam memperjuangkan kelestarian untuk Malaysia dalam sektor logistik.
“Teras kepada perjalanan kami ke arah Net Sifar adalah peralihan kepada kenderaan elektrik (EV), yang mana kami kini mempunyai armada EV yang terbesar dalam sektor logistik tempatan.

“Bilangan EV yang semakin meningkat adalah bukti fokus berterusan kami untuk mengurangkan pelepasan yang dihasilkan oleh kenderaan dan akhirnya mencapai 100 peratus penghantaran hijau first and last-mile menjelang 2030,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: