Site icon Kool FM

Pos Malaysia perluas jangkauan EV dengan 136 van elektrik baharu


PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional memperkasa rangkaian penghantaran dengan penerimaan rasmi 136 van elektrik Maxus eDeliver 3 daripada Weststar Maxus dan rakan strategik pajakan, Yinson GreenTech.

Langkah strategik itu mengukuhkan komitmen syarikat terhadap matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), selaras dengan aspirasi Malaysia ke arah masa depan rendah karbon dan cekap tenaga.

Kenderaan elektrik (EV) baharu itu menyertai armada Pos Malaysia sedia ada yang terdiri daripada 1,252 unit kenderaan elektrik dua roda dan 264 unit kenderaan empat roda, sekali gus menjadikannya armada kenderaan elektrik terbesar dalam sektor logistik negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, pihaknya bukan sekadar menghantar surat dan bungkusan, malah menyampaikan masa hadapan yang lebih cemerlang.

Jelasnya, buat pertama kalinya, Pos Malaysia akan menghantar EV ke lokasi di Sabah dan Sarawak,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version