PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) telah menerima 50 motosikal elektrik daripada Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas), pemasang MEV-1, DRB-HICOM EZ- Drive Sdn Bhd (Avis) dan penyedia program pajakan MEV-1 sebagai misi mencapai sifar bersih menjelang tahun 2050.
Ini adalah usaha syarikat untuk memenuhi tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam melaksanakan Pelan Hala Tuju Kelestariannya dan menjadi pelopor serta contoh utama dalam sektor.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Berhad, Charles Brewer berkata, inisiatif ini adalah penanda dalam komitmen berterusan pihaknya terhadap kelestarian alam sekitar.
“Selain daripada jumlah keseluruhan 55 buah motosikal elektrik yang telah beroperasi di Lembah Klang, kami akan memobilisasikan 50 lagi motosikal elektrik Modenas ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, termasuk Johor, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak.
“Matlamat kami adalah untuk mempunyai sasaran 200 buah motosikal elektrik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: