PETALING JAYA- Pos Malaysia akan menghentikan skim Pos Rider secara berperingkat-peringkat berkuatkuasa 1 September ini.
Keputusan itu dibuat bersandarkan pelaksanaan rasionalisasi program khidmat luaran Pos Rider fasa dua yang melibatkan seramai 262 ejen Pos Rider di Lembah Klang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, program Pos Rider telah diperkenalkan pada tahun 2019 dan berjaya membantu syarikat menyampaikan lebih banyak bungkusan di seluruh Malaysia.
“Bagaimanapun, pasaran pos dan kurier domestik telah melalui perubahan di mana jumlah mel terus menurun dengan begitu ketara, manakala para pemain e-dagang pula telah mula menawarkan khidmat penghantaran,” katanya.
Bagi menghargai perkhidmatan bekas pekerja Pos Rider, Pos Malaysia akan memberi keutamaan kepada ejen-ejen ini untuk berkhidmat secara sambilan sekiranya ada peningkatan terhadap permintaan penghantaran bungkusan.
Menurutnya, hal ini akan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak apabila bekas Pos Rider…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: