KUALA LUMPUR – Program An Evening of Truly Malaysia Festival Charity Gala Dinner Fashion Runway anjuran Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down (PPDKSD) di sini baru-baru ini telah berjaya mencapai objektifnya untuk meningkatkan kesedaran tentang hal ehwal dan minat serta bakat yang ada pada kanak-kanak berkeperluan khas.
Pengerusi PPDKSD, Hanizan Hussin berkata, program yang turut mendapat kerjasama daripada Projek Extra Chromosome Extra Awesome Festival itu juga mendapat sambutan baik daripada ibu bapa, penjaga, para guru dan masyarakat yang prihatin tentang kumpulan kanak-kanak istimewa ini.
Menurut beliau, program sehari itu terbuka kepada semua golongan berkeperluan khas bukan hanya Sindrom Down semata-mata kerana ia padat dengan pelbagai aktiviti termasuk satu majlis ilmu berupa sidang pleno yang bertajuk, Intervensi Awal, mana nak mula?

Sesi bual bicara bersama beberapa pakar yang berkaitan dengan golongan berkeperluan khas itu telah memberi peluang kepada ibu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
