Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

PPHM anjur Konvensyen Fujian Sedunia Ke-11

today15 July 2024

Background


PETALING JAYA – Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia (PPHM) mengumumkan ia akan menganjurkan serta menjadi tuan rumah kepada Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 7 hingga 9 November 2024.

Acara berkenaan bertujuan memperkukuhkan ikatan kekeluargaan, mempromosikan pembangunan bersama, membina hubungan kerjasama erat serta mencambah pertukaran idea dan buah fikiran dalam kalangan komuniti Fujian dari luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis perasmian pada 9 November.

Ini selari dengan inisiatif konsep Malaysia Madani, sekaligus menekankan komitmen PPHM untuk memahami dan menerima kepelbagaian agama, budaya dan adat resam, sambil memupuk perpaduan serta mempromosikan hubungan harmoni.

Tema konvensyen tahun ini, iaitu ‘Belayar di Laluan Sutera Maritim, Mengumpulkan Sentimen Fujian’ menggambarkan semangat penerokaan global, perdagangan, dan pertukaran budaya yang telah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post