Site icon Kool FM

PPZ-MAIWP lancar kempen Skim PZB warga PDRM


PETALING JAYA – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) semalam melancarkan Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB) Khas warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung selama empat bulan bermula Ogos hingga Disember 2021.

Objektif kempen berkenaan ialah menggalakkan lebih ramai warga PDRM, khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat pendapatan secara bulanan melalui potongan gaji, selain mendorong mereka mengekalkan dan menambah pembayaran zakat di PPZ-MAIWP.

Ia juga salah satu inisiatif bagi memastikan wang zakat cukup untuk menampung perbelanjaan asnaf, selari dengan slogan kempen iaitu ‘Kitalah Wira Asnaf’.

Warga PDRM yang bertuah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti komputer riba, tablet, telefon pintar, penggoreng udara dan baucar beli-belah.

Pelancaran dibuat secara dalam talian oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Haji Mazlan Lazim dan turut disertai oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version