Site icon Kool FM

PPZ-MAIWP permudahkan pembayar tunai zakat


PETALING JAYA – Bayar zakat dengan hanya membuat panggilan ke call centre antara perkhidmatan baharu diperkenalkan Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam memudahkan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan ibadah tersebut.

Menerusi nilai tambah baharu yang diperkenalkan PPZ-MAIWP, pembayar hanya perlu membuat panggilan ke talian 1300885757 dan bayaran zakat mereka boleh diselesaikan dengan mudah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan berkata, PPZ-MAIWP turut menyediakan perkhidmatan Door to Door atau Ride2u bagi pembayar yang mahukan layanan di rumah atau premis untuk urusan bayaran zakat melalui mytemujanji.zakat.com.my.

Katanya, langkah tersebut adalah untuk memberi kemudahan kepada pembayar melaksanakan rukun Islam tersebut ekoran tiada masa ke kaunter PPZ-MAIWP.

“Selain itu, kita turut memudahkan pembayar dengan pembukaan 10 kaunter PPZ-MAIWP tujuh hari seminggu termasuk cuti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version