Site icon Kool FM

PPZ-MAIWP terima RM55.46 juta zakat perniagaan


KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah kira-kira RM55.46 juta daripada 25 syarikat dalam Majlis Zakat Korporat 2024.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kutipan zakat PPZ-MAIWP telah meningkat sebanyak 10 peratus kepada RM511 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding RM462 juta dalam tempoh sama pada 2023.

Katanya, RM75 juta (15 peratus) daripada jumlah tersebut adalah daripada kutipan zakat perniagaan.

“Ini sekali gus membuktikan bahawa zakat terus dilihat sebagai kewajipan utama yang perlu dilaksanakan.

“Ia juga menunjukkan hebahan berzakat telah mencapai sasaran dan diharapkan lebih banyak syarikat-syarikat yang akan berbuat demikian di masa yang akan datang,” katanya pada majlis tersebut.

Penyerahan zakat perniagaan tersebut disampaikan oleh wakil setiap syarikat kepada PPZ-MAIWP yang diwakili oleh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version