Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia terlepas peluang untuk memenangi pingat di Sukan Asia (Asian Games) 2022 selepas tewas di peringkat suku akhir, sebentar tadi.
Artikel Berkaitan:
Berdepan H.S Prannoy yang memiliki ranking lebih baik berbanding Zii Jia, satu aksi yang cukup menarik serta mendebarkan dipamerkan oleh mereka.
Ia jelas dibuktikan apabila perlawanan diheret hingga ke set penentuan dan mereka terpaksa beraksi selama satu jam 18 minit pada aksi yang berlangsung di Binjiang Gimnasium itu.
Segalanya tampak berjalan dengan baik buat Lee Zii Jia pada set pertama dimana beliau memiliki kelebihan 15-11 pada satu ketika.
Namun, pemain dari India itu mempamerkan kebangkitan hebat dengan mendapatkan satu demi satu mata untuk mengikat kedudukan 16-16.
Empat kesilapan berturut-turut dilakukan oleh Zii Jia membolehkan lawan tersebut mengesahkan set pertama menjadi milik beliau dengan kemenangan 21-16.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
