Site icon Kool FM

Precious of Malaysia tingkatkan imej pelancongan negara


PETALING JAYA – FM Group Malaysia (FM Group) menganjurkan acara Precious of Malaysia pada awal bulan depan bertujuan untuk membantu mengangkat martabat fesyen klasik di negara ini dengan melibatkan kos sehingga RM1 juta.

Menurut penganjur acara FM Group, Farel Mikhail, antara program yang bakal berlangsung di bawah acara Precious of Malaysia itu adalah International Cultural Fashion Week (ICFW) pada 2 hingga 4 Ogos di Tun Razak Exchange (TRX) dan Hari Tanjak Malaysia pada 10 Ogos di Pavilion Damansara Heights.

“ICFW melibatkan pertunjukan fesyen dari Indonesia, Thailand, Filipina dan India yang mana mereka akan bertanding dengan mempersembahkan fesyen daripada budaya masing-masing.

“Pertunjukan fesyen ini secara tidak langsung dapat membantu menggalakkan sektor pelancongan dan mengeratkan hubungan antara negara yang terlibat.

“Ia juga dapat mempamerkan budaya klasik tempatan kepada masyarakat luar,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar berhubung penganjuran acara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version