Site icon Kool FM

Presiden Indonesia Arah ‘Overhaul’ Buku Teks Sekolah, Siap Banding Dengan Malaysia & Thailand


Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, telah mengarahkan pembaikan menyeluruh terhadap buku teks sekolah bermula dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Langkah berani ini diambil bagi memastikan kualiti pendidikan negara itu dapat ditingkatkan, dengan membandingkan kualiti bahan pembelajaran tempatan bersama buku teks yang digunakan di negara-negara jiran.

Bagi menggalas tanggungjawab berkenaan, Menteri Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi, bersama Setiausaha Kabinet, Teddy Indra Wijaya, telah ditugaskan untuk mengetuai proses perbandingan tersebut.

Pentadbiran kerajaan berhasrat untuk melakukan penambahbaikan secara serentak, merangkumi isi kandungan pelajaran serta kualiti fizikal buku teks itu sendiri.

Menurut Prasetyo Hadi, kerajaan telah pun mendapatkan sampel buku teks dari pelbagai negara Asia Tenggara seperti Thailand, Malaysia, Brunei Darussalam, Timor-Leste, Kemboja,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version