Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Prestasi Cemerlang Sabah Belasah Kelantan Ceriakan Kim Swee

today20 April 2023

Background
Sabah Kelantan


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee memuji anak buahnya yang mempamerkan aksi meyakinkan sehingga berjaya membelasah Kelantan 6-1 pada aksi kesembilan Liga Super Malaysia 2023, malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Beraksi di Stadium Likas, barisan pemain Sabah yang diketuai Baddrol Bakhtiar tampil dengan cukup bertenaga terutamanya pada separuh masa kedua.

Daniel Ting memberikan kelebihan 2-0 sehingga rehat babak pertama menerusi jaringan yang dihasilkannya pada minit ke-4 dan 11.

Pemain import Kelantan, Miguel Angel Garrido Cifuentes merapatkan jurang sebaik sahaja aksi separuh masa kedua bersambung tetapi Sabah tidak menunggu lama untuk mematikan api perjuangan pasukan pelawat.

Ia jelas dibuktikan apabila Dominic Tan kembali memberikan kelebihan dua gol pada minit ke-48 dan giliran Baddrol, Stuart Wilkins dan Telmo Ferreira Castanheira meletakkan nama selaku penjaring sekali gus mengesahkan kemenangan besar tersebut.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Hiburan Semasa

Sudah sedia nama anak

TIADA yang lebih menggembirakan Remy Ishak, 41, pada sambutan Aidilfitri kali ini apabila isterinya, Ezza Yusof kini hamil enam bulan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today20 April 2023