Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Prestasi TNB kekal berdaya tahan

today25 November 2021

Background


PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan prestasi berdaya tahan dengan mencatatkan kenaikan hasil dan keuntungan bersih seiring dengan peningkatan aktiviti ekonomi dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2021.

Hasil Kumpulan meningkat 9.6 peratus tahun ke tahun kepada RM36.9 bilion daripada RM33.7 bilion, sejajar dengan prestasi keseluruhan ekonomi Malaysia yang meningkat tiga peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Perkembangan itu, menyumbang sedikit kenaikan dalam penjualan elektrik iaitu sebanyak 1.1 peratus kepada 87,950 giga watt jam (GWj) dan RM2.9 bilion dalam keuntungan bersih.

Peningkatan dalam aktiviti ekonomi juga telah memberi sokongan kepada prestasi positif anak-anak syarikat TNB.

Perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dilaporkan pada RM14.4 bilion (naik 4.6 peratus). Secara keseluruhan, margin EBITDA kekal pada 39 peratus, diimbangi perbelanjaan lebih tinggi yang bertumbuh 8.7 peratus…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

Pemain Kelahiran Perancis, Billy Ketkeophomphone Dipanggil Perkuatkan Jentera Serangan Laos

Persatuan Bola Sepak Laos (Lao) semalam mengumumkan senarai 30 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan negara itu sebagai Persatuan Bola Sepak Laos (Lao) semalam mengumumkan senarai 30 orang pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan negara itu sebagai persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura pada bulan depan.

today25 November 2021