PETALING JAYA – PRG Holdings Berhad (PRG) mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) paling tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (“FY2022″) dengan pendapatan mencecah paras RM300 juta buat kali pertama.
Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan PRG, Datuk Lua Choon Hann berkata, pendapatan PRG meningkat sebanyak 61.4 peratus kepada RM307.5 juta, manakala PBT meningkat hampir empat kali ganda kepada RM58 juta berbanding RM15.6 juta pada FY2021.
Jelas beliau, keputusan menceburi perniagaan tenaga efisien serta sumbangan keuntungan yang kukuh daripada segmen pembangunan dan pembinaan hartanah sambil dipacu prestasi konsisten dalam perniagaan pembuatan membuahkan keputusan cemerlang pada FY2022.
Tambahnya, ia melebihi daripada jangkaan dan usaha berterusan PRG untuk menyelaraskan operasi telah menghasilkan margin keuntungan bersih yang lebih baik pada FY2022.
“Segmen pembangunan dan pembinaan hartanah merupakan penyumbang terbesar kumpulan, menyaksikan pendapatan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: