Seorang lelaki Rohingya yang dikenali sebagai “Arakan Prince” di TikTok kini melangkah ke satu babak baru dalam hidupnya setelah tiga dekad menetap sebagai pelarian di Malaysia.
Momen perpisahan yang penuh emosi itu telah mencuri perhatian netizen apabila sebuah video beliau di lapangan terbang menjadi tular, meraih hampir 10,000 tanda suka dan ribuan tontonan.
Dalam video tersebut, Arakan Prince kelihatan sedang memunggah bagasi terakhirnya, bersiap sedia untuk meninggalkan tanah yang telah menjadi tempat perlindungannya selama ini.
Dengan penuh rasa syukur, beliau menyampaikan mesej menyentuh hati:
“Saya telah menghabiskan 30 tahun hidup saya di Malaysia sebagai pelarian, dan kini tiba masanya untuk saya melangkah ke hadapan dengan harapan dapat memperoleh identiti saya yang sah di Amerika Syarikat.
“Terima kasih, Malaysia, kerana memberikan saya dan keluarga tempat perlindungan yang selamat.
“Saya akan selamanya berterima kasih dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
