Prinsipal pasukan McLaren, Andrea Stella mengakui bahawa terdapat dua pasukan yang ketika ini berada selangkah di hadapan menjelang musim Formula 1 (F1) 2026.
Dalam tempoh dua minggu lagi, kempen F1 2026 bakal membuka kempennya menerusi aksi Australian Grand Prix yang berlangsung di Albert Park Circuit, Melbourne.
Minggu lalu, sesi ujian pra-musim telah melabuhkan tirai dengan pasukan seperti Ferrari, Mercedes, McLaren dan Red Bull Racing masing-masing mempamerkan sesi yang cukup meyakinkan.
Pada Jumaat, pemandu Ferrari, Charles Leclerc menamatkan sesi ujian sebagai pelumba terpantas, mengatasi Lando Norris dan Max Verstappen.

Menjelang musim 2026, Norris hadir selaku juara dunia bertahan selepas meraih gelaran sulungnya pada 2025 dengan kelebihan dua mata mengatasi Verstappen.
Berbekalkan keyakinan tinggi dimiliki, Norris memasang impian besar untuk terus mengekalkan kejuaraan yang dimenangi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: