PUTRAJAYA – PT Paragon Technology and Innovation (Paragon), pengeluar produk penjagaan diri halal khusus untuk lelaki berjenama Kahf yang terkenal dari Indonesia, sedang mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengukuhkan keyakinan pelanggan di negara ini.
Ketua Kanan Perniagaan Antarabangsa Malaysia Paragon, Achmad Fadli berkata, meskipun produk tersebut telah mendapat pengesahan sijil halal di negara asalnya di Indonesia, pihaknya akur untuk mendapatkan pengesahan tersebut sekali lagi daripada Jakim.
“Kejayaan produk kami di Malaysia akan menjadi penanda aras kepada inisiatif syarikat untuk menembusi negara jiran yang lain, termasuk di rantau Asia Barat secara berperingkat pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program KahfBro Run, melibatkan kira-kira 150 peserta lelaki menyertai acara larian sepanjang lima kilometer yang menawarkan hadiah serta cabutan bertuah bernilai sehingga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: