SERDANG – Tidak banyak syarikat tempatan khususnya daripada kelas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang begitu serius terhadap aspek kajian dan pembangunan (R&D) bagi memastikan produk yang ditawarkan di pasaran benar-benar berkualiti dan selamat digunakan oleh pelanggan.
Salah sebuah syarikat yang menyedari manfaat tersebut, Naturmeric telah mengorak langkah berani untuk membawa sumber bahan mentah produk keluarannya ke Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menjalani kajian dan pembangunan (R&D) secara komprehensif.
Pengarah Eksekutif Kumpulan, Ahmad Radhi Zakaria memilih kunyit hitam (curcuma caesia) sebagai bahan mentah untuk dikaji bagi menghasilkan produk berasaskan herba ekoran keberkesanan bahan tersebut yang membantu meningkatkan tahap kesihatan dirinya sebelum ini.
Mahu berkongsi pengalaman, rahsia dan rezeki bersama masyarakat termasuk usahawan di pasaran untuk jangka masa panjang, beliau berkeyakinan bahawa ini adalah langkah tepat bagi syarikat untuk memberi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
