Site icon Kool FM

Produk sardin dalam tin Pertima tembusi Indonesia


KUALA TERENGGANU – Produk makanan dalam tin Pertima Trengganu Sdn. Bhd. (Pertima) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bakal memasuki pasaran Indonesia tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Datuk Wan Adnan Wan Derahman berkata, pengeks­portan produk makanan dalam tin ke negara jiran itu adalah antara langkah strategik Pertima untuk menembusi pasaran antarabangsa seiring perancangan syarikat bersempena sam­butan ke-60 penubuhannya pada tahun ini.

“Indonesia menjadi pasaran sulung kami di rantau Asia Tenggara dalam usaha kami memperkenalkan produk makanan dalam tin berjenama Pertima ke persada antarabangsa.

“Buat permulaan kami per­kenalkan sardin dalam tin sebagai usaha untuk mempromosikan jenama dan mengukuh kedudukannya di pasaran negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran logo sambutan ke-60 PMINT yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version