Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Produk Semakin Dikenali Ramai, Pengasas Noir Ini Tampil Sebagai Penaja Utama AJL 36

today10 March 2022

Background


Selesai Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) tempoh hari, jenama Noir Health & Beauty (Noir) selaku penaja utama acara berprestij itu mula dikenali. Warna rasmi Noir iaitu ungu menjadi warna rasmi yang menghiasi karpet merah, pentas dan pakaian digayakan beberapa penyanyi dan pengacara.

Pengasas produk itu berkata penajaan untuk acara gilang gemilang seperti AJL36 bukanlah satu peluang yang mudah untuk dikecapi.

“Ini kali pertama saya menaja satu acara besar dan berprestij seperti AJL36. Bukan senang untuk menaja satu acara besar sebegini kerana syarikat SME seperti kami perlu bersaing dengan jenama korporat yang lain.”

“Namun, saya bersyukur kerana impaknya kini mula dirasakan selepas penajaan yang bermula dengan siri Jelajah Noir AJL36 yang berlangsung sebelum ini,” katanya.

Melalui AJL36, Noir turut menaja pakaian untuk beberapa selebriti. Antaranya Dayang Nurfaizah yang turut menyampaikan lagu tema Noir, Nabila Huda, Noraniza Idris, Bunga, Aina Abdul dan Sissy…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan