PETALING JAYA – Organic Skean Remedies Sdn. Bhd., pengeluar produk penjagaan kesihatan dan penjagaan kecantikan berjenama NURA+, optimis pendekatan holistik secara dalaman dan luaran oleh produk keluarannya bakal mengukuhkan jenama syarikat dalam jangka masa panjang.
Pengasas syarikat, Haslinda Mohd. Eunos berkata, buat masa ini, produk Serum NURA+ telah menerima testimoni positif yang menggambarkan kepuasan pelanggan.
Menurutnya, syarikat mula mengedarkan produk serum NURA+ pada 2019 setelah ia melalui kajian dan pembangunan teliti oleh sekumpulan pakar dalam bidang perubatan selama hampir 10 tahun.
“Saya memilih serum kerana ia antara produk sukar ditemui di pasaran yang benar-benar bersesuaian dengan kulit wajah seseorang.
“Banyak produk penjagaan kecantikan bersesuaian dengan ramai orang, tetapi fungsi serum agak berbeza kerana ia bertujuan untuk membantu merawat dan memulihkan kulit, khususnya pada waktu malam,” katanya pada sidang akhbar sempena sesi pengenalan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
