Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) mendapat sambutan menggalakkan dari semua rakyat Malaysia, semalam. Orang ramai yang hadir pada jam 9 pagi tidak melepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Pengunjung, Nur Shahirah Atieka Kalam ‘Elmi, 28, berkata, program AKM ternyata membuka ruang untuk masyarakat mendapat maklumat mengenai kejayaan dan pencapaian dilaksanakan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Tambahnya lagi, pameran daripada kementerian dan agensi berkaitan kerajaan memudahkan pengunjung mendapat maklumat yang lebih menyeluruh.
“Program AKM baik untuk rakyat mendapatkan maklumat dan berinteraksi secara langsung dengan kementerian dan agensi. Saya juga boleh dapatkan maklumat terkini mengenai kejayaan yang sudah dicapai kerajaan khususnya selepas pasca pandemik…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: