Site icon Kool FM

Program Anak Emas Dapat Sambutan Hebat, Catat Lebih RM700,000 Simpanan

Anak Emas


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan kerjasama strategik melalui Program Anak Emas mulai 15 Januari 2024.

Program Anak Emas merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memberikan bantuan secara one-off berjumlah RM200 kepada bayi yang berumur (2) tahun ke bawah dengan syarat salah seorang ibu atau bapa kepada bayi yang dilahirkan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di negeri Pulau Pinang.

Menerusi inisiatif ini, sebanyak RM100 diberikan dalam bentuk pembukaan akaun atau penambahan deposit Simpan SSPN Prime, manakala baki RM100 lagi dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon yang layak.

Bagi menguar-uarkan inisiatif Program Anak Emas, PTPTN telah mengadakan Program Sumbangan Akaun Simpan SSPN Prime dan Barangan Bayi bertempat di Hospital Sebarang Jaya, Pulau Pinang. PTPTN berbesar hati memberikan sumbangan berjumlah RM10,000 untuk 50…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version