KUANTAN – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) menyasarkan 22 usahawan prafrancais baharu dapat dilahirkan tahun ini menerusi program Transformasi Perniagaan (BIT).
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pernas, Mazlan Ibrahim berkata, bagi tahun ini, pihaknya menyediakan peruntukan sebanyak RM43 juta termasuk program BIT.
Menurut beliau, bagi menambah baik program BIT pada tahun ini, pakej pembiayaan prafrancaisi juga dinaikkan daripada RM25,000 kepada RM50,000.
“Ia untuk memberi peluang kepada bakal usahawan memiliki konsep perniagaan yang lebih menarik dan penggunaan peralatan yang lebih berkualiti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Ekspo Mini BIT (BITe) di sini semalam.
Mazlan menjelaskan, Pernas telah membiayai sebanyak RM8.3 juta untuk program BIT sejak tahun 2013 dengan membabitkan seramai 2,000 prafrancaisi.
Tambah beliau, selain menyediakan pembiayaan, Pernas juga membantu usahawan kecil dan sederhana menjadi lebih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
