Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Program GREAT Innovation Challenge uji kreativiti pelajar universiti, kolej

today17 May 2026

Background


PETALING JAYA – Majlis penutup dan pameran akhir GREAT Innovation Challenge (GIC) anjuran Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur menerusi Centre for Artificial Intelligence & Robotics (CAIRO) berakhir dengan jayanya setelah menghimpunkan pelajar universiti, pakar industri dan juga pemimpin akademik.

Pertandingan tersebut telah dilancarkan pada bulan September tahun lalu yang merupakan acara  berskala nasional yang menguji pelajar universiti dan kolej di Malaysia.

Ia bertujuan untuk mencipta semula mesin upcycling kepada mesin yang mempunyai sistem mekanikal yang lebih pintar, mudah alih dan dipertingkatkan dengan integrasi kecerdasan buatan (AI), bagi menukar sisa plastik kepada produk berguna secara inovatif dan lestari.

Inisiatif ini terlahir daripada usaha Great Eastern Takaful dalam memperkenalkan hasil semula menerusi Jelajah Upcycling, yang mencerminkan komitmennya terhadap kelestarian, literasi kewangan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post