Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Program GREAT Ramadan padat bantu komuniti

today20 April 2023

Background


PETALING JAYA – Program GREAT Ramadan anjuran Great Eastern Takaful Berhad (GETB) diisi dengan pelbagai aktiviti ke arah membantu golongan kurang berkemampuan selain melibatkan penyertaan para perunding takaful bagi meng­eratkan lagi hubungan persaudaraan.

Antara aktiviti yang dijalankan syarikat adalah menaja dan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf daripada Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi dan Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia.

Mereka menerima sumbangan berupa kelengkapan pakaian untuk menyambut hari raya, barangan keperluan rumah dan penjagaan diri.

Selain itu, syarikat turut bekerjasama dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) untuk membawa seramai 120 anak yatim dan asnaf keluar membeli-belah pakaian baharu diiringi 30 sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja GETB.

Ketua Pegawai Eksekutif GETB, Shahrul Azlan Shahriman berkata, sebagai sebuah organisasi yang amat prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik, pihaknya berbesar hati untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post