Site icon Kool FM

Program Jelajah Bah, Upgrade Kita Bersama YP catat pendaftaran 1,200 ahli


PETALING JAYA – Program Jelajah Bah, Upgrade Kita Bersama Yayasan Peneraju (YP) telah berjaya menarik minat hampir 5,000 orang  dan merekodkan kira-kira 1,200 pendaftaran profil baharu.

Sambutan baik program yang dianjurkan oleh YP itu menunjukkan peningkatan ketara kadar penyertaan di Sabah

Acara jelajah yang berlangsung dari 15 hingga 26 Oktober itu bertujuan untuk mencungkil, memupuk dan membangunkan bakat bumiputera yang berdaya saing di peringkat global.

Ia dilaksanakan bagi meluaskan penyertaan dalam inisiatif Pembangunan Bakat Bumiputera, di samping memperkukuh keterlibatan YP dalam kalangan komuniti pelbagai latar belakang di seluruh Sabah.

Dalam masa yang sama, program ini akan memaklumkan kepada agensi tentang keperluan sebenar komuniti tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata, program jelajah di
Sabah memberikan gambaran jelas mengenai aspirasi serta kesediaan komuniti
tempatan untuk mempertingkatkan kemahiran diri.

“Ramai belia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version