Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak akan mengadakan Program Komuniversiti Madani di Lintang, Sungai Siput pada 19-21 Sept 2025. Pelbagai aktiviti disediakan. Penduduk setempat dijemput hadir.
KEMBARA ILMU INI WARISAN KITA : SENTUHAN KOMUNITI BESTARI @ DABONG
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) menjemput orang ramai untuk hadir ke Program Kembara Ilmu Ini Warisan Kita & Sentuhan Komuniti Bestari @ Dabong. 📅 12 - 13 September 2025 (Jumaat - Sabtu) ⏰ 8.00 pagi - 6.00 petang 📍 Padang Awam Kuala Gris, Dabong, Kelantan Bersama-sama mengimarahkan budaya membaca, mengukuhkan jalinan komuniti dan menikmati pelbagai pengisian menarik yang telah disediakan.
