Site icon Kool FM

Program Maggi WCB ubah usahawan jadi lebih optimis, berkeyakinan tinggi


PETALING JAYA -– Keberanian dan semangat yang kental menjadi faktor pendorong untuk seseorang usahawan wanita itu berjaya dalam bidang yang diceburi.

Lebih sadis lagi jika wanita itu memiliki kelemahan daripada aspek kekurangan dirinya yang membuatkan keberanian untuk berjumpa masyarakat atau bersiaran di media sosial mengekang langkah yang perlu diaturnya.

Namun semangat untuk mengubah diri dan hala tuju masa depan, usahawan Nur Syahidah Aimullah Abdul Rahim telah memberanikan diri menyertai sebuah program anjuran Maggi iaitu Wanita Cukup Berani (WCB) pada tahun 2022 yang mengubah dirinya 100 peratus daripada yang dahulu.

Sebelum ini, wanita yang memiliki Blepharophimosis, Ptosis and Epicanthus Inversus Syndrome (BPES) iaitu tidak mempunyai kelopak mata membuatkan beliau kurang yakin untuk bertemu dengan pelanggan dan malu untuk menonjolkan diri di hadapan masyarakat.

Beliau hanya sekadar berkongsi gambar dan video termasuklah ketika mula-mula menyertai acara…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version