PETALING JAYA – Program Mentor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Nestle Malaysia Berhad (Nestle) yang disertai oleh syarikat tempatan telah memberi impak positif kepada pengoperasian perniagaan mereka malah mampu membuka jalan kepada perolehan lebih banyak peluang perniagaan baharu dalam industri tersebut.
Salah sebuah syarikat yang menyertainya iaitu Alfa Packing & Customise Sdn. Bhd. (Alfa Packing) mendapati melalui pensijilan halal tersebut ia telah berjaya meningkatkan Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta pengurusan Kualiti dan Keselamatan Makanan.
Pengarah Urusan syarikat, Chan Kim Fatt berkata, pihaknya juga kini telah berjaya memperolehi dua sijil halal iaitu salah satunya di bawah skim Skim Pengilangan Kontrak (OEM) dan satu lagi di bawah Skim Makanan dan Minuman.
“Kami turut berbesar hati menjadi sebahagian daripada Pertukaran Data Etika Pembekal (SEDEX), sebuah organisasi global yang mengiktiraf amalan perniagaan beretika dan bertanggungjawab dalam kalangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: