Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Program Munawwareen Prihatin bantu mangsa banjir

today13 January 2022

Background


PETALING JAYA – Banjir besar yang melanda Hulu Langat telah menyebabkan Munawwareen Holdings Sdn. Bhd. (Munawwareen) me­lancarkan program Munawwareen Prihatin.

Pengasas syarikat itu, Datin A­liza Abu Bakar berkata, program tersebut ditumpukan di kawasan pedalaman Kampung Paya Lebar, Sungai Lui.

Menurut beliau, syarikat te­lah ­menyerahkan 30 unit lampu solar buat mangsa banjir untuk menerangi kawasan yang rosak teruk akibat tragedi tersebut.

Selain itu, pihaknya turut ­menyerahkan sumbangan se­perti telekung abaya, sejadah dan 23 barangan keperluan asas lain seperti dapur, tabung gas memasak, peralatan mencuci rumah, pinggan mangkuk, tuala, tikar dan khemah.

“Kami berulang alik seba­nyak tiga kali ke Hulu Langat untuk membuat rondaan dan tinjauan sendiri serta bertanya kepada ketua kampung me­ngenai barangan yang masih diperlukan penduduk di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ­ketika ditemui selepas sesi ­penyerahan lampu solar, bara­ngan keperluan dan juga…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Al Ansar sasar jualan RM25 juta tahun ini

CYBERJAYA – Pemaju perumahan berkonsepkan Inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS), Al Ansar IBS PLT menyasarkan perolehan jualan mencecah sehingga RM25 juta pada tahun ini. Syarikat yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang tersebut berkata, unjuran tersebut dibuat berasaskan kepada permintaan daripada pelanggan yang terus meningkat meskipun ekonomi negara baru pulih daripada pandemik Covid-19. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, permintaan daripada pelanggan di Lembah Klang me­rangkumi 40 peratus […]

today13 January 2022