Site icon Kool FM

Program My Gaya Month jana hasil  RM1 juta


PETALING JAYA – Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di bawah program My Gaya Month (MGM) telah berjaya mencatat rekod jualan tertinggi pada tahun ini sebanyak RM1 juta daripada 30 jenama yang menyertai acara tersebut.

Program anjuran  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) dan Malaysian Bumiputera Designer Association (MBDA) itu telah bermula 6 Oktober lalu di salah sebuah pusat beli-belah di sini baru-baru ini dengan menempatkan reruai jualan para peniaga.

Jualan secara online turut dilaksanakan secara serentak untuk membolehkan peniaga yang terlibat berjaya menjana hasil yang baik.

Menurut Pengasas MBDA, Bon Zainal Harun, pencapaian itu adalah berkat kerjasama erat antara pihaknya dengan KPDN serta sokongan yang kuat daripada pihak pengurusan syarikat beli-belah dan juga pelbagai penaja.

“Kempen itu bukan sekadar mendapat sambutan baik daripada masyarakat tempatan tetapi juga menarik perhatian pelancong luar negara termasuk dari China yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version