Site icon Kool FM

Program NOIR Prihatin padat dengan aktiviti kebajikan


PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib golongan kurang bernasib baik termasuk anak yatim dan asnaf serta menghargai pengorbanan barisan hadapan, NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. (NOIR) telah menganjurkan program kebajikan NOIR Prihatin sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut kenyataan, program tersebut bermula dengan aktiviti mengagihkan juadah berbuka puasa percuma di bazar-bazar utama di sekitar Lembah Klang seperti di Kota Damansara, Bandar Kinrara dan juga di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Juadah berbuka puasa juga diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan orang ramai di Hospital Kuala Lumpur dan Selayang.

Selain itu, NOIR turut meraikan seramai 31 anak yatim bersama tujuh penjaga dari Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara dalam satu majlis berbuka puasa dekat sini

Tetamu istimewa itu mene­rima sumbangan hari raya berupa sepasang baju Melayu dan baju kurung berserta duit raya.

Lebih meriah, syarikat yang telah menganjurkan Peraduan Cantik & Menang bersempena…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version