Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Program TBB Petra dikecualikan caj KWTBB

today24 July 2025

Background


PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan pengecualian kutipan caj 1.6 peratus Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) bagi tarif elektrik daripada program tenaga boleh baharu (TBB) yang dilaksanakan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra).

Pengecualian berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2025 itu melibatkan program Green Electricity Tariff (GET), Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) dan Community Renewable Energy Aggregation Mechanisme (CREAM).

Menurut Petra, ia diharapkan akan memberikan insentif kepada pengguna, terutamanya syarikat korporat dan industri untuk terus menyokong agenda peralihan tenaga negara ke arah mencapai sasaran 70 peratus TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2050.

“Kutipan 1.6 peratus KWTBB daripada tarif elektrik pengguna telah diperkenalkan pada 2011, sebagai dana untuk memangkin pertumbuhan pembangunan TBB di negara ini melalui pelaksanaan mekanisme tarif galakkan atau Feed-in Tariff (FiT) oleh Pihak Berkuasa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post